Plan pagi, bawa anak-anak mandi kolam dan main playground. Awal pagi keluar cari sarapan dan cari minyak dan bahan nak goreng nasi. Lepas sarapan baru ajak diorang main
Sesi utk mandi kolam hanya 1 jam...lepas tu balik bilik dan berkemas untuk check out dan balik kampung. Nini dan sufya naik kereta adik dan kami berempat naik bas
Menunggu bas...tiket beli online je. Bas dari terminal KK pukul 1.30petang, kami tunggu di Kedai Bundle Kinarut
Dah naik bas...Hanna seronok tengok kehijauan dan keindahan flora dan fauna di sepanjang jalan
Akhirnya...dia terlelap juga. Jauh kan nak sampai kampung mama...perjalanan ambik masa 2-3 jam la, bergantung pada trafik dan kelajuan pemanduan..huhu. Bas ni boleh berhenti mengikut tempat yang kita tuju. Kalau kami ke destinasi terakhir la iaitu Jeti Menumbok. Sampai je...kami rehat dan minum dulu sebelum meneruskan perjalanan kami. Kami ada pilihan sama ada, minta adik ambil atau jalan kaki. Kami ambil keputusan jalan kaki je. Nak sampai Kg Sekalong...kena lalui kampung lain dulu iaitu Kg Tepi Laut Menumbok.
Lalui jambatan ni menandakan dah sampai kampung Sekalong
Puji syukur...sampai juga dikampung halaman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan