Khamis, 10 Februari 2022

Kursus Di Miri, Sarawak

04 Feb 2022 - Hari Pertama 

Pergi ke airport naik coaster...flight ke Miri, Sarawak pukul 10.00pagi...sampai Miri dlm pukul 12 lebih...terus ke Marriot Hotelmenaiki bas yang telah disediakan oleh penganjur ..sampai Marriot Hotel kena naik bas balik sebab perancang telah diubah. Kena masuk kelas dulu di Kolej Komuniti Miri

Habis kelas petang...kami terus di bawa ke Cocoa Cabana. Di sini ada macam2 juga...kalau bawa anak-anak memang seronok la...mood bergambar kurang time ni...beli makanan utk minum petang merangkap makan malam je



05 Feb 2022 Hari kedua berkursus

Antara yang terawal sampai cafe sebab masa sarapan yang diberikan hanya 1 jam je iaitu 6.30pagi hingga 7.30pagi


Lepas makan sempat melawat kawasan sekitar hotel...



Masuk kelas


Lepas kelas terus ke The Grand Old Lady...kat sini tumpang kamera orang je...kawasan yang tinggi juga...angin dia best...rasa sejuk je walaupun ada matahari...seterusnya ke Esplanade utk BBQ tapi makanan dah siap dibungkus (nasi goreng, ayam dan sosej bakar) minum petang plak ada kuih muih. Masa ni memang x rasa lapar lagi...simpan makanan utk makan malam. Sebelum balik hotel, singgah di Pasar Saberkas...sebab malam ni x plan nak ikut diorang keluar...kami beli ikan bakar, sotong dan karang utk lauk nak makan dgn nasi goreng...

Di sini kami beli kek lapis...tapi saya beli kat kedai lain

06 Februari 2022 Last day

Hari terakhir...nak balik. Bangun awal, kemas beg dan sarapan. Balik bilik untuk check out...kami group kedua check out dan naik van ke pasar tamu sebelum ke airport


Dah sampai airport Miri





Menunggu di airport



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020