Isnin, 16 Disember 2024

Menu Little Chef November 2024

Little Chef - 08 November 2024

SUP AYAM THAI
Bahan-bahan

Ayam
Bawang merah
Bawang putih
4 sekawan
Akar ketumber
Daun ketumber
Serai
Perencah sup siam
Carrot
Batang seleri
Garam
Air secukupnya

Cara-caranya
 *Bawang merah, bawang putih dan halian ditumbuk. Kemudian tumis bersama 3 sekawan sehingga naik bau.
* Masukkan akar ketumber serta ayam. Biarkan ayam separuh masak
* Masukkan air, carrot dan batang seleri serta perencah sup siam. 
* Kacau sebati, perasakan dengan garam. 
* Taburkan daun ketumber dan perahkan sedikit limau nipis

Little Chef - 15 November 2024

CUCUR BAWANG BERSARANG
Bahan-bahan
1 paket tepung cucur bawang adabi/cucur ikan bilis
225ml Air
Kulit Popia
Daun bawang/cili potong (optional) untuk hiasan

Cara-cara
Campurkan tepung cucur bawang adabi dengan 225ml air. Kacau rata potong kulit popia nipis-nipis. Ambil sedikit kulit popia kemdian letak di atas tapak tangan. Ambil sesudu adunan tadi dan letakkan di atas kulit popia. Kemudian tutup semula dengan kulit popia nipis itu semula. Goreng ke dalam minyak yan panas sehingga kekuningan.Tos kan minyak. Hiaskan dengan daun bawang dan cilipotong. Sedia untuk dinikmati bersama sos cili/mustard
 


 


 


Little Chef - 22 November 2024
SWEET SOUR CHICKEN
Bahan-bahan
Dada ayam
Tepung goreng bestari
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung jagung
sedikit air
Halia
Bawang putih
Cili padi (jika mahu pedas)
Bawang holland
Lada benggala

Cara-cara
Goreng ayam bersama tepung bestari. Ketepi
Satukan bahan sos. Tumiskan halia, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan bawang holland dan lada benggala. Masukkan campuran sos. Kacau sehingga sebati. Masukkan ayam goreng tadi. Sedia untuk dinikmati

Little Chef - 29 November 2024

IKAN SIAKAP STIM LIMAU
Bahan-bahan
1 ekor Ikan siakap 
sebatang serai
seinci halia
Sehelai daun limau purut
akar ketumber
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
garam
sos ikan
1 biji air perahan limau/lemon
tomato
daun ketumber

Cara-cara
Masukkan halia, serai dan daun limau purut ke dalam ikan. Kukus sebentar selama 2 minit. Masukkan akar ketumber, bawang putih dan cili padi yang dicincang halus, garam, sos ikan dan air perahan limau/lemon. Kukus selama 5 minit. Masukkan tomato dan daun ketumber


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020